Thursday, August 22, 2013

cara mengatasi masalah 403 pada google play

aku pun pernah kena cam ni..tak boleh download lebih dari 5mb..sebab aku pkai celcom yg data internet ada 50mb je..ok senang je..

-matikan data connection
-kemudian setting
-more
-pilih mobile network
-pilih access point names (APN)
-pilih kat apn korg pakai cth : celcom 3g
-bahagian proxy kosongkan
-save

settle problem ^_^

Wednesday, August 14, 2013

Kontest - Menangi Voucher Shopping Bernilai RM1,000 dari Jusco, Parkson, Petronas, Air Asia dan Banyak Lagi

Salam,

Kali ini nak share affiliate program untuk anda menang RM1,000 shopping vouchers. Kalau anda nak menang voucher shopping bernilai RM1,000 dari Jusco, Parkson, Petronas, Air Asia dan banyak lagi. Anda hanya perlu menyertai pertandingan ini sekarang.

Cara untuk menyertainya sangat mudah. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah yang simple ini.

Langkah 1 - Anda hanya perlu klik pada banner ''My Mega Sale" di sini.

Langkah 2 - Pilih voucher yang anda nak. Kemudian, isikan butir-butir anda seperti dalam arahan.

Simple kan? Oleh itu, anda jangan lepaskan peluang menyertai program ini. Ianya adalah percuma dan siapa tahu, anda mungkin menjadi antara orang yang bertuah untuk memenangi voucher.



Semoga Berjaya!~

SAKIT DAN CARA MENRAWAT SUGAR GLIDER



Luka ini dialami oleh SG betina ketika proses pengawan. Pegangan SG jantan terlalu kuat mencengkam dan mengigit ketika mengawan.Luka sewaktu proses mengawan ini biasanya terjadi di bahagian leher dan telinga.SG betina yang mengalami luka ini, disarankan tidak dibenarkan dikahwinkan dalam masa terdekat. SG betina ini pelu mendapatkan rawatan.

Menurut blog yg dibaca, dikhabarkan luka begini kadang kala lambat sembuh sehingga boleh mencapai jangkamasa 6 - 8 minggu.

Dalam menunggu mendapatkan rawatan doktor haiwan, dinasihatkan supaya :

I) Menyapu iodin ( untuk prevent infection)

II) Kuku juga hendaklah dipotong.

III) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan SG menjilat luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan air liur dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm . Info ttg penyapuan iodin dan penggunaan E-COLLAR ini adalah dari Kapan Kthxbai & Andy Stephen ..

 Antara langkah awal menghindari perkara sebegini adalah:

1) Kenali umur SG anda:Kebiasaannya si jantan perlulah muda dari yang si betina.

2) Kenali mood SG anda : Lihat samada SG betina telah bersedia atau belum untuk mengawan. Jila belum, berkemungkinan jika mendapat anak, si betina akan "reject" anak - anak tersebut.

3) Kuku SG tidak terlalu panjang/tajam (ini berkemungkinan berlaku pencakaran yang kuat dan serius). Oleh itu, sentiasa memastikannya dalam saiz/ukuran yang sesuai, bila panjang, sila potong (berhati - hati ketika memotong kuku SG anda, dikhuatiri akan melukakan pula).

4) Sentisa pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih : Kerana bau yang kurang menyenangkan juga merupakan salah satu faktor kecelaruan ketika proses mengawan.

5) Sentiasa memastikan makanan terutama HPW dan minuman mencukupi. (kalau boleh berikan makanan tambahan dan multivitamin)
============================================================
Luka ini dialami oleh SG betina ketika proses pengawan. Pegangan SG jantan terlalu kuat mencengkam dan mengigit ketika mengawan.Luka sewaktu proses mengawan ini biasanya terjadi di bahagian leher dan telinga.SG betina yang mengalami luka ini, disarankan tidak dibenarkan dikahwinkan dalam masa terdekat. SG betina ini pelu mendapatkan rawatan.

Menurut bog yg dibaca, dikhabarkan luka begini kadang kala lambat sembuh sehingga boleh mencapai jangkamasa 6 - 8 minggu.

Dalam menunggu mendapatkan rawatan doktor haiwan, dinasihatkan supaya :

I) Menyapu iodin ( untuk prevent infection)

II) Kuku juga hendaklah dipotong.

III) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan SG menjilat luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan air liur dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm . Info ttg penyapuan iodin dan penggunaan E-COLLAR ini adalah dari Kapan Kthxbai & Andy Stephen ..


Antara langkah awal menghindari perkara sebegini adalah:

1) Kenali umur SG anda:Kebiasaannya si jantan perlulah muda dari yang si betina.

2) Kenali mood SG anda : Lihat samada SG betina telah bersedia atau belum untuk mengawan. Jila belum, berkemungkinan jika mendapat anak, si betina akan "reject" anak - anak tersebut.

3) Kuku SG tidak terlalu panjang/tajam (ini berkemungkinan berlaku pencakaran yang kuat dan serius). Oleh itu, sentiasa memastikannya dalam saiz/ukuran yang sesuai, bila panjang, sila potong (berhati - hati ketika memotong kuku SG anda, dikhuatiri akan melukakan pula).

4) Sentisa pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih : Kerana bau yang kurang menyenangkan juga merupakan salah satu faktor kecelaruan ketika proses mengawan.

5) Sentiasa memastikan makanan terutama HPW dan minuman mencukupi. (kalau boleh berikan makanan tambahan dan multivitamin)
============================================================
Katarak -
1) Disebabkan SG sering terkena sinaran matahari secara langsung.

2) SG yang telah terkena katarak tidak akan melahirkan anak2 yg mengalami penyakit yang sama.

A) Langkah yang perlu diambil jika SG mengalami masalah sebegini :

I) Sentiasa berikan makanan diet yang seimbang terutama HPW
II) Sentiasa memastikan badan SG bersih (sebab dia dah sakit, jadi nak bersihkan diri tu agak sukar)
III) Sentiasa bermain dengan mereka (mereka mahukan perhatian yang lebih sedikiit)
IV) Lebihkan memberi lobak.
V) Berikan makanan tambahan dan multivitamin.

Menurut Andy Stephen, jika SG anda telah berada dibawah sinaran matahari yang agak lama, berikan mereka makan lobak merah.


B) Langkah yang perlu diaambil sebagai pencegahan:
1) Jangan biarkan SG anda terlalu lama mendapat sinaran matahari (bawa jalan2 tu tak apa)
2) Sentiasa memastikan makanan mencukupi dan seimbang (kalau boleh berikan makanan tambahan)
3) Bekalan minuman perlu cukup
============================================================
Hind Leg Paralysis :

Lumpuh kaki belakang bagi sugars biasanya disebabkan oleh paras kalsium tidak mencukupi di dalam badan. Ini boleh dianggap sebagai masalah yang membawa maut jika tidak dirawat dengan segera, jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat. Kekurangan kalsium adalah perkara biasa berlaku pada sugar gliders kerana kebanyakan makanan yang mereka makan mempunyai nisbah kalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang.Tandanya ialah lemah kaki belakang. Ianya dapat dilihat apabila sugars mempunyai masalah memanjat, berjalan, dan kaki menggelatar secara berlebihan.

Tanda-tandanya;
* Menggeletar dengan teruk
* Kurang koordinasi
* Letih
* Berjalan berdengkot
* Lemah
* Kehilangan penggunaan kaki belakang (mengheret satu atau kedua-dua kaki)
* Bengkak jari kaki dan, atau jari tangan
* Tulang yang patah secara tiba-tiba dengan tiada sebab yang jelas
* Sendi kejang
* Kehilangan berat badan tidak dapat diterangkan

Baik-baik dengan sugars yang kekurangan kalsium, jika mereka jatuh.. ini boleh terjadi pada mereka RAWATANNYA: Jumpa doktor haiwan untuk rawatan dan buat perubahan dalam diet. Beri suplemen kalsium kepada sugars anda. Perkongsian dari http://suggies101.blogspot.com/


INFO DARI SUMBER LAIN :

A) Langkah mencegah perkara sebegini:

1) Sentiasa pastikan makanan yang diberikan adalah bersih dan seimbang, terutama HPW. (kalau boleh berikan makanan tambahan).

2) Pastikan mereka dimanja (jika bersendirian) dan dapatkan pasangan untuk mereka.

3) Jangan terlalu ganas seaktu bermain dengan mereka.


B) Langkah sewaktu SG anda mengalami masalah sebegini, sebelum mendapatkan rawatan doktor haiwan:
i) berikan mereka Calcium
ii) pastikan mereka mendapat makanan
iii) belai mereka TETAPI JANGAN CUBA URUT DIBAHAGIAN TERSEBUT, takut boleh membahayakan lagi keadaan
============================================================
kenapa sugar glider saya tak nak makan?

Ramai yang sering bertanyakan "Mengapa suggies mereka tidak makan sesuatu benda yang diberi?". Samada ianya HPW (High Protein Wombaroo Diet), buah-buahan atau sayuran atau apa sahaja.

Diet Sugar gliders di tempat asalnya (hutan) berasaskan nira manis dari sesetengah spesis daun eucalyptus (macam yang koala selalu makan), Acacia dan Gum Tree (memang bukan dari fauna tempatan kita). Mereka juga memakan debunga, serangga dan haiwan-haiwan kecil.

Tetapi kini ianya dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah, pemakanan mereka sukar ditiru seperti yang sudah terbiasa oleh nenek moyang mereka. Jadi lumrah pemakanan mereka mungkin sukar dibentuk untuk menyukai apa yang kita beri kepada mereka.

Namun, setelah penyelidikan yang menyeluruh dan teliti, pakar-pakar haiwan marsupials yang arif tentang possum (spesis yang lebih kurang sama dengan sugar gliders) telah berjaya mengubah diet khas untuk Sugar gliders agar nutrien-nutrien yang hanya boleh didapati dari habitat asal mereka, boleh hanya dibancuh dengan mudah dari paket-paket serbuk untuk diberi kepada suggies peliharaan kita di rumah.

*Jadi, dengan adanya diet yang sudah khas dirumus untuk suggies anda, mengapa perlu anda fikir susah-susah untuk menggantikan makanan mereka dengan makanan lain yang langsung tidak menepati diet dan keperluan mereka? Sudah banyak salah faham dan perdebatan mengenai diet pemakanan sugar gliders tetapi yang paling rasionalnya adalah bahawa makanan sugar gliders tidak boleh digantikan dengan makanan biasa yang dimakan bayi mahupun orang dewasa. Oleh itu, makanan seperti oat, nestum, epal dan anggur SAHAJA adalah HARAM untuk sugar gliders.

Makanan yang kering seperti 'kibbles' atau pellet hanya perlu diberi makan kepada suggies anda sebagai makanan tambahan -dan bukan sebagai diet utama sugar glider. Makanan yang pellet ini boleh menyebabkan luka abses (macam ulser dan luka) atau keadaan yang dipanggil "Lumpy Jaw" kepada sugar glider anda. Bayangkan gigi suggie anda yang tak sekuat mana, cuba untuk menggigit makanan keras. Malah bayi pun tidak diberi makanan yang perlu dikunyah agar gusi mereka tidak sakit. Apatah lagi suggies anda?

Samada ianya HPW, buah-buahan atau sayur-sayuran selepas anda cuba langkah-langkah yang dikongsikan ini, InsyaAllah suggies anda akan mula makan makanan yang anda berikan. Perkongsian dari http://suggies101.blogspot.com/


DARI SUMBER LAIN :
i) Sentiasa variasikan makanan SG anda, tetapi jangan lupa bagi HPW.
ii) Sentiasa bawa SG keluar dari sarang (cage), bagi mereka riadah.
iii) Pastikan makanan yang diberikan bersih dan seimbang.
============================================================
DEHIDRASI :

• Sugars yang tidak cukup air dalam badan akan kurang selera makan.
• Anda boleh memantau pengambilan airnya, jika anda selalu berada dengan sugars anda pasti tahu berapa banyak yang dia minum dalam sehari.
• Jika anda perasan yang sugar glider anda kurang makan dari biasa (dilihat melalui mangkuk makanan yang hampir tidak disentuh atau makanan diambil hanya sedikit) anda boleh melakukan satu ujian yang dipanggil 'camp test' ke atas sugars anda. Cuba picit kulit leher sugar glider anda dan tarik ke atas (seperti memegang leher anak kucing) tapi jangan sampai sugar glider anda terangkat sekal. Jika kulit sugars anda kembali ke tempat asal dengan lambat, maknanya sugars anda mengalami dehidrasi. Jika tidak, bermakna sugar glider anda terselamatlah. - Perkongsian dari http://suggies101.blogspot.com/


DARI SUMBER LAIN :
Pastikan SG anda::
1) sentiasa pastikan air minuman adalah bersih dan mencukupi.
2) Sentiasa memberi SG anda makanan yang bersih dan diet yang seimbang (HPW jangan ketinggalan)
3) Berikan makanan tambahan dan multivitamin
4) Variasikan makanan SG anda, supaya dia x jemu
5) Pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih.
6) Sentiasa berikan perhatian kepada SG anda
============================================================
(GAMBAR NAJIS DIATAS ADALAH NAJIS SUGAR GLIDER YANG SIHAT)

Cirit-birit

• Sentiasa perhatikan perubahan dalam bentuk dan kepekatan najis sugars anda.
• Warna najis juga boleh berubah beserta lendir atau darah. Najis basah dan tidak ada bentuk, cair.
• Najis sugars yang sihat biasanya agak pejal, melekat di kulit jika sugars anda membuat 'bisnes' atas lengan anda. Najisnya mesti 'moist' atau lembab.
• Cirit-birit boleh disebabkan diet pemakanan yang baru diperkenalkan, makanan yang tidak cukup serat, makanan tidak elok/basi atau parasit.
• Untuk rawatan bagi makanan yang tinggi serat. Dan jangan lupa beri air yang secukupnya.


Antara makanan yang tinggi serat;

Sayuran tinggi serat:
1. Avokado
2. Brokoli
3. Sayur kobis
4. Lobak merah
5. Chick Peas
6. Terung
7. Cendawan
8. Kentang dengan kulit
9. Labu
10. Kacang Peas - kacang polong bermata hitam, kacang hijau
11. Sayur bayam
12. Ubi keledek

Buah-buahan tinggi dengan serat :
1. Epal
2. Pisang
3. Beri - Blueberries, beri hitam, raspberi, dll.
4. Buah-buahan kering - Buah tin, Raisins, aprikot, kurma, dan sebagainya.
5. Jambu Batu
6. Kiwi
7. Buah limau/oren
8. Pir
9. Prum
============================================================
Mata yang kusut, sakit, luka dan tertutup.

A) Langakah yang perlu diambil sebelum membawa SG berjumpa doktor haiwan :

I) Asingkan dahulu SG.
II) Menyapu iodin ( untuk prevent infection).
III) Kuku juga hendaklah dipotong.
IV) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan kuku SG terkena dibahagian luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm .


B) Langkah - langkah bagi menghindari masalah ini:

1) Sentiasa pastikan SG dan sangkarnya bersih
2) Sentiasa pastikan SG mendapat diet yang seimbang ( HPW jangan lupa bagi) dan berikan air yang bersih.
3) Sentiasa bermain dengan SG anda (jika dia hanya seekor) dan cuba dapatkan pasangan.
4) Jika anda mendapati, ada pergaduhan dikalangan SG, sila asingkan mereka dahulu. Letakkan didalam sangkar berasingan tetapi berhampiran (biar mereka kenal bau jiran mereka dahulu)

Mungkin para otai dan kawan2 boleh berkongsi alternatif lain yang boleh diambil sebelum mendapatkan rawatan di klinik haiwan
============================================================
Pipi dan mata yang bengkak.

Alternatif :

1) Sapu air mata di bahagian mata menggunakan cotton buds dengan yang diletakkan air yang disteril.
2) Asingkan dari pasangan @ koloni.
3) Segera memvawa berjumpa dengan doktor haiwan
============================================================
Telinga, hidung dan badan bewarna kuning.

bawa berjumpe vet secepat mungkin
============================================================
Keguguran bulu kerana diet / makanan yang tidak seimbang.

Sugar glider perlu diberikan makanan yang seimbang dan bersih. Pemberian HPW disamping buah - buahan adalah 1 kemestian. Jangan sesekali memberikan makanan manusia seperti nestum atau roti.Perlu diingatkan, hindari memberikan SG ulat kerana ulat yang dijual kebiasaannya diberikan roti. Jadi, jika anda menghindari pemberian roti, tetapi memberikan ulat, ianya tetap sama.

Walaupun haiwan ini menyukai makanan yang manis, ia juga mempunyai diet khas yang tersendiri. Pemakanannya harus seimbang dengan mengambil kira nutrisi seperti protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40 peratus) dan karbohidrat (15 peratus).

HPW adalah diet yang paling senang untuk disediakan dan ia merupakan diet yang paling hampir menyerupai pemakanan sugar glider di dalam hutan
============================================================
Kesunyian + Kemurungan

Jika dibiarkannya tanpa belaian, SG akan sunyi dan akhirnya akan mencederakan dirinya dengan menggigit ekornya, bulu di perut dan kemudian memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberi makanan mencukupi.
============================================================
Cage juga perlu sentiasa bersih dan tidak terlalu keci kepada koloni SG yang dipelihara.
Pemakaian kostum (baju)

Memang jika dilihat dengan mata kasar, SG akan bertambah comel. Tetapi sebenarnya , ia membebankan dan menyakitkan SG itu sendiri. Ini kerana ditubuh SG terdapat membran yang sensitif.
============================================================
Keguguran bulu di bahagian ekor + Hind Leg paralysis ( Kelemahan pada kaki bahagian belakang. Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan dan sebagainya. Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya)
# ia jugak boleh terjadi dari cirit birit yang berlanjutan tanpa dirawat

Penyebab : Kekurangan kalsium + kemurungan + diet tak seimbang

langkah :

1) berikan HWP (makanan seimbang)
2) Berikan Calcium
3) berikan belaian (kalau boleh, dapatkan pasangan untuknya --> kemurungan / kesepian)
4) berikan buah buahan yg berair seperti honeydew,apple dan sebagainya (jika cirit birit)
============================================================
Simpton :

i) Bulu melekat diantara satu sama lain dari kepala sehingga ekor.
ii) Terlalu aktif dimalam hari


Penyelesaian :
i) berikan HPW + minuman seimbang
ii) dapatkan pasangan
iii) selalu luangkan masa dengan SG. ( manjakannya, jika boleh berikan makanan dengan tangan tuannya sendiri)
iv) letakkan SG di dalam sangkar yang agak selesa saiznya.
v) selalu beriadah dengan SG anda
============================================================
Luka Perkelahian Sewaktu Mengawan (II):

Luka ini dialami oleh SG betina ketika proses pengawan. Pegangan SG jantan terlalu kuat mencengkam dan mengigit ketika mengawan.Luka sewaktu proses mengawan ini biasanya terjadi di bahagian leher dan telinga.SG betina yang mengalami luka ini, disarankan tidak dibenarkan dikahwinkan dalam masa terdekat. SG betina ini pelu mendapatkan rawatan.

Menurut bog yg dibaca, dikhabarkan luka begini kadang kala lambat sembuh sehingga boleh mencapai jangkamasa 6 - 8 minggu.

Dalam menunggu mendapatkan rawatan doktor haiwan, dinasihatkan supaya :

I) Menyapu iodin ( untuk prevent infection)

II) Kuku juga hendaklah dipotong.

III) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan SG menjilat luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan air liur dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm .

Antara langkah awal menghindari perkara sebegini adalah:

1) Kenali umur SG anda:Kebiasaannya si jantan perlulah muda dari yang si betina.

2) Kenali mood SG anda : Lihat samada SG betina telah bersedia atau belum untuk mengawan. Jila belum, berkemungkinan jika mendapat anak, si betina akan "reject" anak - anak tersebut.

3) Kuku SG tidak terlalu panjang/tajam (ini berkemungkinan berlaku pencakaran yang kuat dan serius). Oleh itu, sentiasa memastikannya dalam saiz/ukuran yang sesuai, bila panjang, sila potong (berhati - hati ketika memotong kuku SG anda, dikhuatiri akan melukakan pula).

4) Sentisa pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih : Kerana bau yang kurang menyenangkan juga merupakan salah satu faktor kecelaruan ketika proses mengawan.

5) Sentiasa memastikan makanan terutama HPW dan minuman mencukupi.
============================================================
JANGAN BERI SG ANDA MINUMAN BIKARBONAT BER GAS!

Alternatif :
1) Jangan jadikan SG anda sebagai bahan ujikaji @ manusia.
2) Kenali jenis minuman yang sesuai untuk SG. Hanya beberapa jenis minuman yang sesuai
============================================================
JANGAN BAGI SG ANDA MAKANAN BRGORENG & BERMINYAK
============================================================
Penyakit UTI (Penis @ zakar terdedah terlalu lama dan tidak masuk kedalam)

Menjadi kelaziman SG jantan akan menarik penis untuk dibersihkan. Penis akan kembali kepada kedudukan asal selepas itu. Penis akan kelihatan keluar sedikit apabila usia SG menjangkau 4 bulan keatas.

Namun jika anda mendapati penis SG anda tidak kembali kepada kedudukan asal, sila bawa berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.

Alternatif sebelum berjumpa doktor haiwan:

1) Pastikan kuku SG tidak terlalu panjang dan tajam (bagi mengelak sg melakukan sesuatu kepada penis)
2) Berikan memakai E-COLLAR (supaya SG tidak menarik lagi penis dengan mulut/lidah & tiada janglitan dari air liur)
============================================================

JANGAN BAGI SG makan NESTUM..

Ramai pembela SG mengambil langkah mudah dengan membeikan SG makan NESTUM @ apa ahaja makanan bayi. SG adalah haiwan yang sensitif dan bukan bayi..
============================================================
Berikan makanan tambahan :

Dari kiri (atas) : Sugar Glider Nectar, Gliderade, Glider Booster
Dari Kiri (bawah) : Glider Cal (CALCIUM) , Acacia Gum


1) NECTAR:

Merupakan formula karbohidrat tinggi yang direka khusus untuk keperluan metabolisma SG yang tinggi dan amat bermanfaat sebagai antibodi melawan penyakit/menahan kesakitan, bahan makanan tambahan selepas melahirkan anak, atau meredakan "stress" selepas memindahkan SG ke sangka baru @ koloni baru @ memperkenalkan kepada pasangan

Kandungan gula yang tinggi membantu meningkatkan tahap tenaga dalam membantu SG dalam menggantikan elektrolit dan vitamin yang penting apabila mengalami mempunyai cirit-birit.

Bagi SG Betina yang baru melahirkan anak, ianya akan mendapat manfaat daripada tenaga tambahan untuk menjaga dan menyusukan bayi mereka.

Bagi SG yang baru dipindahkan, mungkin mengalami masalah tekanan yang berkaitan seperti cirit-birit dan penggunaan penggantian elektrolit boleh membantu acclimate mereka ke sangkar baru dengan cara yang sihat.

Cara Penggunaan :
1) Dicadangkan 4 kali seminggu
2) Jika memilih sebagai taburkan kering, letakkan kira-kira 1 / 3 sudu teh bagi setiap ekor SG secara langsung pada makanan atau di jari anda (SG jilat)
3) Jika memilih sebagai penyediaan cair ~ campurkan 1 sudu teh ke dalam 1 / 3 cawan air suam dan kacau sehingga sebati. Letakkan diatas buah/ sayur @ dijadikan sebagai minuman.
==========================
================

2) GLIDERADE:
SG perlu untuk mengekalkan tahap tenaga yang tinggi didalam badan mereka. Secara semula jadi SG mengambil kuantiti yang besar madu dan debunga lebah. Mereka mempunyai keperluan yang hebat untuk karbohidrat kerana metabolisme yang tinggi. Gliderade menyediakan elemen-elemen penting serta debunga lebah retak berganda.

Secara semula jadi SG mengambil kuantiti yang besar madu dan debunga. Mereka mempunyai keperluan yang hebat untuk karbohidrat kerana metabolisme yang tinggi. Gliderade Menyediakan unsur pemakanan yang penting. Gliderade disediakan karbohidrat yang tinggi yang mudah diserap lebah double retak debunga.

Cara penggunaan:
1) Hanya campurkan 1 bahagian gliderade dengan air 5 bahagian.
2) Hidangkan dalam mangkuk bersih 3 kali seminggu
=========================================

3) BOOSTER :
Untuk memastikan bahawa SG mendapat vitamin dan mineral yang mereka perlukan, renjiskan BOOSTER pada makanan atau buah-buahan setiap hari.

Kadang kala SG menjadi cerewet pada masa makan,ini membantu menambahkan diet mereka (menyelerakan meraka) . Pemakanan diet yang seimbang adalah keutamaan bagi kesihatan dan makanan tambahan yang baik boleh membantu.

Mengandungi probiotik yang menghalang pembiakan bakteria patogenik.

Cara Penggunaan :
1) Taburkan 1 sudu teh diatas 100g buah-buahan setiap hari.
==========================================

4) CALCIUM

Merupakan pemakanan tambahan yang paling penting dan seuai kepada SG berbanding pengambilan fosforus.

Membantu mencegah kekurangan kalsium dan lumpuh kaki belakang.

Cara Penggunaan : (boleh pilih salah 1 dari 3 ):

1) Campurkan 1 sudu teh didalam air suam dan taburkan diatas buah setiap hari
2) Mencampurkan 1/2 sudu teh CALCIUM dengan 1/2 sudu teh BOOSTER akan membawa hasil yang optimum diatas buah-buahan segar atau sayur-sayuran segar.
3) Campurkan 1/2 sudu teh CALCIUM dengan 1/2 sudu teh BOOSTER juga boleh ditaburi serangga hidup sebagai lapisan sebelum memberi makan.
=========================================

5) ACACIA GUM:
Pada asalnya (habitat asal), SG memakan sap (dari pokok acacia di hutan. Acacia adalah sumber karbohidrat yang sangat penting, dan SG mampu untuk menghadamkan kira-kira 90% daripada gam.

Gam Acacia ini membekalkan ketahanan antibodi dan membantu pembentukan serta menguatkan gusi

Cara penggunaan:
1) Taburkan sudu kecil pada buah-buahan dan sayur-sayuran
2) Campur dengan air setiap hari @ 3 kali seminggu
============================================================
Dinasihatkan JANGAN memberikan SG anda memakan ULAT dalam kuantiti yg banyak!

ROTI--> ULAT --> SG

i) ulat memakan roti
ii) SG memakan ULAT

SG tidak boleh diberikan makanan manusia yang dah diproses seperti roti, biskut atau nestum. Tetaoi apabila anda memberikan SG anda makan ulat, ianya sama sahaja dengan anda memberikannya memakan roti!
============================================================
Baby SG KELESUAN:

Kebiasaan, baby SG yang direject oleh ibunya mengalami masalah sebegini.Kes yang sama juga dialami bagi pembelian SG UNDERAGE. Alternatifnya :

1) Berikan baby SG anda minum susu setiap 2 jam

2) Berikan :

3) Berikan perhatian yang secukupnya
4) Pastikannya berada didalam pouch, agar terasa hangat
============================================================
jangkitan mata

simptom - simpton :
Mata SG akan berair, bengkak dan bertahi mata. Mata SG akan mengecil tetapi bengkak disekitarnya.

Rawatan :
1) sapu tahi mata @ air mata di kawasan mata dengan cotton bud dengan air yang telah disteril.

2) Pastikan kuku SG tidak panjang. Ini mengelakkan kuku SG terkena dibahagian yang sakit.

3) Asingkan dari pasangan @ kumpulan.

4) dapatkan rawatan dengan doktor haiwan dalam kadar segera untuk rawatan antibiotik atau steroids.
============================================================
Cold or Flu/Demam -

Simptom :
1) Hidung glider akan nampak berair (Hidung basah sikit takpe, tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangat berairnya, itu demam selesema)
2) SG selalu bersin.
3) Bunyi nafas SG menjadi kuat.
4) SG berbau busuk

Penyebab : Anda disyaki memasang aircond tersangat kuat dan menyebabkan sangkar@ pouch sugar glider jadi lembab.

Alternatif :
1) Berikan SG buah kiwi dan sedikit jus oren (tanpa bahan pengawet/bahan perasa tiruan / bahan pewarna tiruan.
2) Bawa berjumpa doktor haiwan
============================================================
Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing :
Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing. Ini adalah simpton awal kepada penyakit susah nak kencing.

Rawatan :
1) Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari
2) Berikan air yang bersih
3) bawa berjumpa veterinar untuk ambil antibiotik jika keadaan berlarutan

#Urinary Tract Infection -
Penyakit susah nak kencing. Saluran kencing tersekat, masalah jangkitan kuman dan masalah buah pinggang.

Penyebab :
1) SG makan terlalu banyak makanan high-protein.
2) SG makan terlalu banyak makanan high-mineral diets.
3) SG diberikan makanan kucing kerana penjual menyuruh anda bagi makan makanan kucing(cat food).

Simptom :
1) SG akan jadi hilang berat badan
2) SG kurang nafsu makan
3) SG selalu haus
4) SG mengalami masalah ketika kencing
5) Kemaluan SG macam terkeluar
6) Kadang-kala kencing berdarah.

Cara mengelak :
1) Berikan diet yang seimbang (HPW)
2) Berikan air yang bersih

Rawatan terakhir : bawa berjumpa veterinar untuk ambil antibiotik
============================================================
Trembling or shakiness / Bergetar atau menggigil :

Selepas bangun dari tidur, badan SG memang akan menggigil sedikit. Tetapi jika simpton ini berlanjutan, SG anda mempunyai masalah kekurangan kalsium.

Rawatan :
1) Beli dan berikan Calcium supplement kepada SG anda.
2) Berikan makanan diet seimbang (HPW).
3) Berikan minuman (air) yang bersih dan mencukupi
4) Luangkan masa bermain dengan SG anda
5) Jika keadaan berlarutan , sila bawa SG anda berjumpa dengan doktor haiwan.

* Adalah lagi elok, Calcium ini diberi pada peringkat awal lagi.
============================================================
Dubur membengkak dan kemerahan.

Alternatif :

1) Asingkan dari pasangan @ koloni (cage berasingan)
2) Pakaikan E -COLLAR (agar SG tidak menjilat bahagian yang luka)
3) Segera membawa berjumpa dengan doktor haiwan

Langkah pencegahan :
1) Berikan makanan diet seimbang (HPW)
2) Pastikan SG sentiasa didalam keadaan bersih
3) Pastikan buah - buahan yang diberi bukan terlalu keras
4) Pastikan air minuman adalah bersih dan mencukupi
5) Pastikan cage sentiasa bersih
============================================================
SG tercekik atau luka akibat tali pegangan. SG adalah haiwan yang mempunyai membran yang sensitif.

Alternatif jika anda telah menggunakan tali pegangan :
1) Segera menghentikan tabiat anda

Alternatif jika SG anda telah terluka kerana pemakaian tali pegangan :
1) Buka tali pegangan
2) Sapukan iodin bagi mengurangkan kesakitan
3) Segera bawa SG anda berjumpa dengan doktor haiwan.

* Jangan sesekali mencuba memakaikan SG anda dengan tali pegangan, tidak kira dari apa jua materi
============================================================
Pemakaian PAMPERS/DIAPER mencederakan SG

Penyebab :
1) Ianya tidak sesuai digunakan pada SG kerana akan menyebabkan kecederaan kepada SG, ini kerana badan dan sayap SG mempunyai membran yang sensitif

Alternatif jika mengalami kelukaan kerana TERPAKAI pampers / Diapers:
1) Asingkan dari pasangan / koloni.
2) Sapukan iodin
3) Pakaikan SG, E-COLLAR bagi mengelakkan SG menjilat kelukaan
5) Segera membawa berjumpa doktor haiwan secepat mungkin.

LANGKAH :
Jangan sesekali teringin @ cuba memakaikan SG anda pampers / diapers
============================================================
SG kecil (baby) digigit si ibu

Alternatif :
1) Segera pisahkan sianak dari siibu.
2) Sapukan iodin dibahagian yang luka
3) Segera bawa berjumpa doktor haiwan.

Penyebab :
1) siibu belum bersedia untuk mengawan.
2) si anak punyai kelebihan dari siibu (kata orang tua2, Allahua'llam)
============================================================
HLP (Penyakit Tulang Kaki Lumpuh / Metabolik Hind):

SG mengheret / kaki belakang. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan ini. Oleh itu, diagnosis perlu TEPAT.

SG akan mengheret kaki belakang mereka jika mereka mempunyai kecederaan ringan, mempunyai HLP atau dijangkiti parasit.

Tindakan:

* X-ray - keseluruhan badan bagi mencari bahagian tulang yang patah atau pecah iaitu dari kawasan sepanjang tulang belakang, pinggul dan kaki. Juga memeriksa hentaman ke atas tulang belakang

* Kencing - jangkitan bakteria boleh menghilangkan kalsium daripada tulang, yang membawa kepada HLP

* Analisis tahi - termasuk ujian SNAP giardia. Parasit adalah terkenal sebagai penyebab kehilangan kalsium dari tulang SG.
============================================================
Elakkan Memberi SG Anda Memakan Durian

Memang tidak dinafikan, isi durian adalah enak dimakan. Namun dinasihatkan agar jangan sesekali memberikan SG anda menikmatinya.

Buah durian boleh memberikan kepanasan yang melampau kepada SG dan ini boleh menyebabkan kematian.

Buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Ia boleh mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan. Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.Buah durian amat tinggi kandungan karbohidrat yang secara tidak langsung meningkatkan paras gula dalam darah.
============================================================
Elakkan Memberikan Tauhu dan produk kekacang soya:

Penyelidikan pada beberapa haiwan lain menunjukkan tauhu boleh memberi kesan negatif kepada sistem penghadaman.

Setakat ini, kesan negatif ke atas SG belum lagi terbukti. Namun sesetengah penternak SG membantah tauhu sebagai makanan SG kerana ia merupakan sumber protin daripada kekacang, dan bukannya daging atau serangga.

Alternatif:
1) Jangan jadikan SG anda sebagai bahan ujikaji.
2) Berikan diet yang seimbang (HPW)
3) Gantikan sumber protein untuk SG anda dengan memberikan cebisan daging ayam atau cengkerik (bukan ulat
============================================================

Pastikan Tahap Suhu SG anda Stabil.

Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam linkungan 89 darjah.

Jangan letak SG anda di kawasan yang terlalu sejuk (suhu aircond jangan terlalu tinggi). Ini boleh menyebabkan SG anda selsema atau demam. Kalau ingin letakkan SG di dalam bilik yang ada aircond, selaraskan suhu diantara 23 celcius hingga 26 celcius sahaja
============================================================
Cuba teka, kenapa SG ini begini dan mati? Gambar ini adalah bangkai SG betina yang berusi 4 tahun. Simptom yang sama boleh terjadi kepada SG jantan..

Simptom:

1) Sembelit
2) Pembesaran kelenjar paracloacal
3) Kesakitan dibahagian abdomen
4) Pendarahan cloacal.

Gambar dari kiri:

1) Berlaku pendarahan "cloacal" dan badan SG yang terlalu lemah.
2) Sebelum kematian, SG mempunyai masalah dengan sembelit dan kesakitan.
3) Usus yang terkandung pengumpulan bahan lembut bewarna kuning.
4) Permukaan pundi kencing / usus dan faraj berdarah

JAWAPAN : Suggie Shop memberikan jawapan paling tepat.

SG diatas telah diberikan NESTUM selama 4 tahun, sebagaimana yang kita tahu, sistem penghadaman SG bukanlah sebaik sistem penghadaman manusia. Pengumpulan bahan asing didalam nestum telah menyebabkan beberapa sistem pencernaan mengalami masalah.

Sepertii mana sebatang paip kecil yang tersekat dengan pengumpulan bahan asing dan dan menyebabkan sistem laluan mengecil (tersumbat), lama kelamaan ianya menyebabkan karat dan akhirnya melumpuhkan sistem saliran. begitu juga dengan sistem penghadaman SG yang kompleks. Jika dinilai dengan akal biasa, amat mustahil NESTUM itu membahayakan kerana sesetengah nestum diperbuat daripada oat. Namun NESTUM mengalami beberapa proses dan kita tidak tahu secara detail proses tersebut. Kerana pemakanan NESTUM yang begitu lama, usus SG tidak mampu bertahan dan menyebabkan kelenjar / usus membengkan dan akhirnya menyebabkan pendarahan
============================================================
S : Kenapa SG (betina) saya jatuh sakit ketika mengandung / hamil? Sedangkan saya bagi makanan diet yang seimbang (HPW), buah segar dan air yang bersih?

A: Kebanyakkan SG Betina jatuh sakit ketika kehamilan kerana kekurangan kalsium. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua tuan SG memberikan sedikit perhatian yang lebih ketika SG (betina) mengandung. Pastikan :

i) Calcium diberikan secukupnya didalam menu SG anda
ii) Pastikan makanan / diet seimbang masih diteruskan (HPW)
iii) Berikan buah - buahan / sayur - sayuran segar
iv) Pastikan air minuman adalah bersih
v) Pastikan cage dan pouch adalah didalam keadaan bersih dan selamat
vi) Berikan riadah yang mencukupi (luangkan masa dengan mereka)


Apakah tanda-tanda bahawa SG hamil?

J: Itu adalah sangat sukar untuk menjawab. Jangkamasa bagi SG hamil adalah singkat berbanding mamalia lain. "Joey" dilahirkan pada peringkat umur yang muda dan terus membesar di dalam kantung ibunya.

i) perut SG betina anda "membuncit" (anda boleh merasakan dengan menekan sedikit jari dikawasan perut SG anda, namun harus berhati - hati dan dengan perlahan - lahan).
ii) SG anda menjadi kurang aktif (tidak mahu bermain)
iii) SG anda menjadi gelisah.
iv) Perubahan mood didalam pemakanan (sama ada bertambah selera @ kurang selera)

Sesetengah orang akan mengatakan keadaan Joey dalam kantung adalah sama dengan keadaan SG ketika mengandung.

Secara teknikalnya, perkara ini tidak benar. Jadi, satu-satunya cara membezakannya adalah :

1) Menunggu untuk melihat / merasai sama ada perut SG betina anda "membuncit" (anda boleh merasakan dengan menekan sedikit jari dikawasan perut SG anda, namun harus berhati - hati dan dengan perlahan - lahan).

2)Anda merasai terdapat dua buncit dikawasan di dalam kantung. Ia tidak digalakkan yang anda mengganggu SG untuk melihat untuk melihat jika terdapat Joey di dalam kantung.

Jika anda percaya buaian gula anda mengandung,
pastikan anda menyesuaikan diet untuk keperluan kalsium SG yang mengandung. Kebanyakkan SG Betina jatuh sakit ketika kehamilan kerana kekurangan kalsium.
============================================================
Constipation/Sembelit -

Penyebab :
1) SG kurang makan buah-buahan
2) SG kurang meminum air
3) SG tidak beriadah / bersenam dengan aksesori atau roda

Simptom :
Biasa time nak membuang air besar, SG akan membuat bunyi 'hissing'.

Rawatan :
1) Berikan makanan diet seimbang (HPW)
2) Lebihkan memberi air dan pastikan ianya bersih dan mencukupi.
3) Berikan satu sudu kecil pure apple juice iaitu 2 kali sehari.
4) hiasi cage SG dengan aksesori yang membantu SG beriadah.
============================================================
Obesity ATAU Kegemukan - Simpton kegemukkan Sugar Glider bermula bila badan jadi bulat dan menjadi malas serta tak aktif.

Alternatif:
1) Di cadangkan supaya mencari woodent wheel senior atau alat permainan untuk mereka bergayut/beriadah didalam sangkar.

2) Berikan makanan yang seimbang - Jangan terlalu banyak meletakkan makanan didalam bekas sampai melimpah ruah

3) Berikan air minuman yang bersih

4) Sentiasa membawa SG kelaur beriadah
============================================================
Tercekik kerana tertelan mainan kecil

Simptom
1) SG tidak bermaya
2) SG kurang selera makan
3) Terdapat benjolan di leher.

Alternatif:
Segera bawa SG anda berjumpa doktor haiwan.


Langkah Menghindari masalah ini :

1) Pastikan kawasan rumah anda tiada benda - benda kecil yang boleh dicapai oleh SG anda untuk dimasukkan kedalam mulutnya.

2) Sentiasa memeriksa dan memastikan permainan/aksesori didalam sangkar berada didalam keadaan sempurna.
============================================================


Pemakaian Sugar Glider Leash tidak sesuai digunakan kerana menyebabkan kecederaan.

Simptom :
1) Kecederaan dibahagian tengkuk dan badan.
2) SG kurang selera makan

Alternatif (I):
1) Hentikan pemakaian SG anda Sugar Glider Leah ini.
2) Berikan makanan diet seimbang (HPW) dan multivitamin

Alternatif (II) - Jika SG anda cedera
1) Sapu iodin bagi mengurangkan sedikit kesakitan.
2) Asingkan dari pasangan atau koloni
3) Segera bawa SG anda berjumpa dengan doktor haiwan.

* Jangan sesekali mencuba memberikan SG anda memakai Sugar Glider Leash
============================================================
Terkena kejutan elektrik kerana mengigit wayar elektrik / be electrocuted by chewing on an electrical cord


Alternatif :
1) pastikan SG anda tidak lapar dengan memberikan makanan yg seimbang dn mencukupi.
2) Berikan perhatian dengan meluangkan masa kepada SG anda @ carikan pasangan untu dia.
3) Pastikan wayar peralatan elektrik tidak bersepah.
4) Sentiasa pastikan plug elektrik ditutup selepas menggunakannya & langkah terbaik, sila cabut plug dari soket (suis).
p/s : maaf, gambar yg 100% ttg pemasalahan ni tiada dijunpai dalam internet.
============================================================
Kurangkan Pemberian Pisang Kepada SG Anda (samada kuantiti atau kekerapan)

Pisang merupakan buah yang tinggi kandungan Fosforus. Oleh itu, dinasihatkan jangan memberi SG anda pisang dalam kuantiti yang banyak atau terlalu kerap.

Ia boleh membuat bulu SG anda gugur, seterusnya melemahkan badan sugar gliders dan boleh menyebabkan kematian.
============================================================
Kecederaan dan trauma :

Kecederaan :

Tulang SG paling kerap patah didalam keadaan ini. ianya boleh berlaku jika track roda terbuka. Apabila track roda terbuka atau ada kerosakan (patah @ retak), kaki SG mudah terperangkan di landasan yang terbuka.

Alternatif:
1) Sentisa memeriksa peralatan / permainan SG anda. Jika ada kelonggaran, sila kemaskan.

2) Ganti permainan @ roda yang telah rosak (jangan baiki dengan cara sendiri yg difikirkan selamat untuk penjimatan kos)
============================================================
Selalu Perhatikan Berat SG.

Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza.

Berat badan ideal bagi bagi Sugar Glider :

a) Jantan : lingkungan 120 grams - 140 gram (dewasa)
b) betina : 180 gram - 200gram. (dewasa)

KENAPA PERLU AWASI BERAT BADAN SG?

1) Dikhuatiri SG mengalami :
* Kekurangan berat badan
* Berat badan melebihi had (Obesiti)

2) Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja..

ALTERNATIF :
1) Berikan SG makanan diet seimbang (HPW) dan air yang bersih
2) Hadkan pengambilan buah - buahan segar untuk 1 hidangan a.k.a melimpah ruah buah - buahan di dalam bekas makanana (tapi jangan la terlalu kedekut sangat)
3) Jangan lupa letak aksesori yang boleh membantu SG anda beriadah.
4) Luangkan masa bersama sama SG anda.
============================================================
JANGAN BEBANI EKOR SG ANDA

Ekor SG ini berfungsi untuk menjaga keseimbangan. Selain itu ekornya juga berfungsi untuk mengangkat bahan2 yang digunakan untuk membuat sarang (ranting dan daun kering). Namun, ekor ini tidak cukup kuat untuk menahan berat tubuhnya

ELAKKAN :

1) Mengangkat @ memegang @ menarik SG pada bahagian ekornya.

2) Jangan bebani ekor dengan mengikat sebarang objek

credit to sugar glider malaysia